ASAL TIAP-TIAP SESUATU ADALAH MUBAH (MEMBOLEHKAN)
DASAR
pertama yang ditetapkan Islam, ialah: bahawa asal sesuatu yang dicipta
Allah adalah halal dan mubah. Tidak ada satupun yang haram, kecuali
kerana ada nas yang sah dan tegas dari syari' (yang berwenang membuat
hukum itu sendiri, iaitu Allah dan Rasul) yang mengharamkannya. Kalau
tidak ada nas yang sah --misalnya kerana ada sebahagian Hadis lemah--
atau tidak ada nas yang tegas (sharih) yang menunjukkan haram, maka hal
tersebut tetap sebagaimana asalnya, iaitu mubah.
Ulama-ulama
Islam mendasarkan ketetapannya, bahawa segala sesuatu asalnya mubah,
seperti tersebut di atas, dengan dalil ayat-ayat al-Quran yang antara
lain:
“Dialah Zat yang menjadikan untuk kamu apa-apa yang ada di bumi ini semuanya.” (al-Baqarah: 29)
“(Allah)
telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang
ada di bumi semuanya daripadaNya.” (al-Jatsiyah: 13)
“Belum
tahukah kamu, bahawa sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kamu
apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi; dan Ia telah
sempurnakan buat kamu nikmat-nikmatNya yang nampak mahupun yang tidak
nampak.” (Luqman: 20)
Allah tidak akan membuat
segala-galanya ini yang diserahkan kepada manusia dan dikurniakannya,
kemudian Dia sendiri mengharamkannya. Kalau tidak begitu, buat apa Ia
jadikan, Dia serahkan kepada manusia dan Dia kurniakannya?
Beberapa hal yang Allah haramkan itu, justeru kerana ada sebab dan hikmat, yang --insya Allah-- akan kita sebutkan nanti.
Dengan
demikian arena haram dalam syariat Islam itu sebenarnya sangat sempit
sekali; dan arena halal malah justeru sangat luas. Hal ini adalah
justeru nas-nas yang sahih dan tegas dalam hal-haram, jumlahnya sangat
minim sekali. Sedang sesuatu yang tidak ada keterangan halal-haramnya,
adalah kembali kepada hukum asal iaitu halal dan termasuk dalam kategori
yang dima'fukan Allah.
Untuk soal ini ada satu Hadis
yang menyatakan sebagai berikut: "Apa saja yang Allah halalkan dalam
kitabNya, maka dia adalah halal, dan apa saja yang Ia haramkan, maka dia
itu adalah haram; sedang apa yang Ia diamkannya, maka dia itu
dibolehkan (ma'fu). Oleh kerana itu terimalah dari Allah kemaafannya
itu, sebab sesungguhnya Allah tidak bakal lupa sedikitpun." Kemudian
Rasulullah membaca ayat: dan Tuhanmu tidak lupa [2]. (Riwayat Hakim dan
Bazzar)
"Rasulullah s.aw. pernah ditanya tentang
hukumnya samin, keju dan keledai hutan, maka jawab beliau: Apa yang
disebut halal ialah: sesuatu yang Allah halalkan dalam kitabNya; dan
yang disebut haram ialah: sesuatu yang Allah haramkan dalam kitabNya;
sedang apa yang Ia diamkan, maka dia itu salah satu yang Allah maafkan
buat kamu." (Riwayat Tarmizi dan lbnu Majah)
Rasulullah
tidak ingin memberikan jawaban kepada si penanya dengan menerangkan
satu persatunya, tetapi beliau mengembalikan kepada suatu kaidah yang
kiranya dengan kaidah itu mereka dapat diharamkan Allah, sedang lainnya
halal dan baik.
Dan sabda beliau juga, "Sesungguhnya
Allah telah mewajibkan beberapa kewajiban, maka jangan kamu sia-siakan
dia; dan Allah telah memberikan beberapa batas, maka jangan kamu langgar
dia; dan Allah telah mengharamkan sesuatu, maka jangan kamu
pertengkarkan dia; dan Allah telah mendiamkan beberapa hal sebagai tanda
kasihnya kepada kamu, Dia tidak lupa, maka jangan kamu perbincangkan
dia." (Riwayat Daraquthni, dihasankan oleh an-Nawawi)
Di
sini ingin pula saya jelaskan, bahawa kaidah asal segala sesuatu adalah
halal ini tidak hanya terbatas dalam masalah benda, tetapi meliputi
masalah perbuatan dan pekerjaan yang tidak termasuk daripada urusan
ibadah, iaitu yang biasa kita istilahkan dengan Adat atau Mu'amalat.
Dasar dalam masalah ini tidak haram dan tidak terikat, kecuali sesuatu
yang memang oleh syari' sendiri telah diharamkan dan dikonkritkannya
sesuai dengan firman Allah:
“Dan Allah telah memerinci kepadamu sesuatu yang Ia telah haramkan atas kamu.” (al-An'am: 119)
Ayat ini umum, meliputi soal-coal makanan, perbuatan dan lain-lain.
Berbeza
sekali dengan urusan ibadah. Dia itu semata-mata urusan agama yang
tidak ditetapkan, melainkan dari jalan wahyu. Untuk itulah, maka
terdapat dalam suatu Hadis Nabi yang mengatakan:
"Barangsiapa
membuat cara baru dalam urusan kami, dengan sesuatu yang tidak ada
contohnya, maka dia itu tertolak." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ini, adalah kerana hakikat AGAMA --atau katakanlah IBADAH-- itu tercermin dalam dua hal, iaitu:
1. Hanya Allah lah yang disembah.
2. Untuk menyembah Allah, hanya dapat dilakukan menurut apa yang disyariatkannya.
Oleh
kerana itu, barangsiapa mengada-ada suatu cara ibadah yang timbul dari
dirinya sendiri --apapun macamnya-- adalah suatu kesesatan yang harus
ditolak. Sebab hanya syari'lah yang berhak menentukan cara ibadah yang
dapat dipakai untuk bertaqarrub kepadaNya.
Adapun
masalah Adat atau Mu'amalat, sumbernya bukan dari syari', tetapi manusia
itu sendiri yang menimbulkan dan mengadakan. Syari' dalam hal ini
tugasnya adalah untuk membetulkan, meluruskan, mendidik dan mengakui,
kecuali dalam beberapa hal yang memang akan membawa kerusakan dan
mudharat.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata:
"Sesungguhnya sikap manusia, baik yang berbentuk omongan ataupun
perbuatan ada dua macam: ibadah untuk kemaslahatan agamanya, dan kedua
adat (kebiasaan) yang sangat mereka perlukan demi kemaslahatan dunia
mereka Maka dengan terperincinya dasar-dasar syariat, kita dapat
mengakui, bahawa seluruh ibadah yang telah dibenarkannya, hanya dapat
ditetapkan dengan ketentuan syara' itu sendiri."
Adapun
masalah Adat iaitu yang biasa dipakai ummat manusia demi kemaslahatan
dunia mereka sesuai dengan apa yang mereka perlukan, semula tidak
terlarang. Semuanya boleh, kecuali hal-hal yang oleh Allah dilarangnya
Demikian itu adalah kerana perintah dan larangan, kedua-duanya
disyariatkan Allah. Sedang ibadah adalah termasuk yang mesti diperintah.
Oleh kerana itu sesuatu, yang tidak diperintah, bagaimana mungkin
dihukumi terlarang.
Imam Ahmad dan beberapa ahli fiqih
lainnya berpendapat: asas dalam urusan ibadah adalah tauqif (bersumber
pada ketetapan Allah dan Rasul). Oleh kerana itu ibadah tersebut tidak
boleh dikerjakan, kecuali kalau ternyata telah disyariatkan oleh Allah.
Kalau tidak demikian, berarti kita akan termasuk dalam apa yang
disebutkan Allah:
“Apakah mereka itu mempunyai sekutu yang mengadakan agama untuk mereka, sesuatu yang tidak diizinkan oleh Allah?” (as-Syura: 21)
Sedang
dalam persoalan Adat prinsipnya boleh. Tidak satupun yang terlarang,
kecuali yang memang telah diharamkan. Kalau tidak demikian, maka kita
akan termasuk dalam apa yang dikatakan Allah:
“Katakanlah!
Apakah kamu sudah mengetahui sesuatu yang diturunkan Allah untuk kamu
daripada rezeki, kemudian kamu jadikan daripadanya itu haram dan halal?
Katakanlah! Apakah Allah telah memberi izin kepadamu, ataukah kamu
memang berdusta atas (nama) Allah?” (Yunus: 59)
Ini
adalah suatu kaidah yang besar sekali manfaatnya. Dengan dasar itu pula
kami berpendapat: bahawa jual-bell, hibah, sewa-menyewa dan lain-lain
adat yang selalu diperlukan manusia untuk mengatur kehidupan mereka
seperti makan, minum dan pakaian. Agama membawakan beberapa etika yang
sangat baik sekali, iaitu mana yang sekiranya membawa bahaya,
diharamkan; sedang yang mesti, diwajibkannya. Yang tidak layak,
dimakruhkan; sedang yang jelas membawa maslahah, disunnatkan.
Dengan
dasar itulah maka manusia dapat melakukan jual-beli dan sewa-menyewa
sesuka hatinya, selama dia itu tidak diharamkan oleh syara'. Begitu juga
mereka boleh makan dan minum sesukanya, selama dia itu tidak diharamkan
oleh syara', sekalipun sebahagiannya ada yang oleh syara' kadangkadang
disunnatkan dan ada kalanya dimakruhkan. Sesuatu yang oleh syara' tidak
diberinya pembatasan, mereka dapat menetapkan menurut kemutlakan hukum
asal [3].
Prinsip di atas, sesuai dengan apa yang
disebut dalam Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, dari Jabir
bin Abdillah, ia berkata: "Kami pemah melakukan 'azl' [4], sedang waktu
itu al-Quran masih turun; kalau hal tersebut dilarang, niscaya al-Quran
akan melarangnya."
Ini menunjukkan, bahawa apa saja
yang didiamkan oleh wahyu, bukanlah terlarang. Mereka bebas untuk
mengerjakannya, sehingga ada nas yang melarang dan mencegahnya.
Demikianlah
salah satu daripada kesempurnaan kecerdasan para sahabat. Dan dengan
ini pula, ditetapkan suatu kaidah: "Soal ibadah tidak boleh dikerjakan
kecuali dengan syariat yang ditetapkan Allah; dan suatu hukum adat tidak
boleh diharamkan, kecuali dengan ketentuan yang diharamkan oleh Allah."
@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@